Assalamualaikum......para pembaca,
Cara komunikasi setiap orang adalah berlainan, komunikasi adalah satu alat untuk menyampaikan maklumat. dalam proses komunikasi ada penghantar dan penerima dimana terdapat lebih daripada satu individu barulah dikatakan berkomunikasi .cara seseorang berkomunikasi bergantung pada tahap pendidikan, hubungan dan kematangan. anda percaya dan setuju? sekiranya setuju sila teruskan pembacaan.sekiranya pembaca tidak setuju saya sarankan untuk terus membaca untuk mendapat matlamat yang saya ingin katakan.
komunikasi berkesan apabila message yang hendak disampaikan itu tertunai, maksudnya penerima memahami apa yang disampaikan oleh penghantar.kegagalan berkomunikasi boleh menyebabkan kerja tidak berjalan dengan lancar dan bermasalah. masalah berkomunikasi timbul adalah disebabkan salah satu faktor misalnya:- Bahasa- bahasa yang berlainan dan tidak difahami menyukarkan proses komunikasi berlaku. ini disebabkan pekara yang hendak disampaikan tidak dapat disampaikan dengan tepat.sekiranya dilihat dalam negara, kita mempunyai pelbagai bahasa misalnya bahasa Melayu, English, Tamil, Mandrin dan sebagainya. perbezaan bahasa yang berbeza menyebabkan kita cenderung menggunakan bahasa English sebagai bahasa penghantar.
komunikasi ditempat kerja amat penting bagi menjayakan sesuatu project dan matlamat tercapai. faktor kedua masalah komunikasi adalah tidak mendengar. sekiranya penerima tidak dapat mendengar dengan jelas maklumat yang dihantar komunikasi tidak akan berkesan.penghantar seharusnya menyampaikan maklumat dengan suara yang dapat didengari dan jelas agar tidak timbul masalah kepada pendengar., misalnya penceramah ingin menyampaikan ceramah beliau di Dewan yang besar. apa pendapat kalian jika penceramah tidak menggunakan microphone?adakah ahli dewan dapat memahami ceramah yang disampaikan. alat memainkan peranan juga, seperti telephone, microphone, dan pembesar suara sebagai pembantu dalam aliran komunikasi itu. seseorang yang bercakap dengan suara yang telalu rendah boleh menimbulkan ketidakpuasan hati. maklumat yang hendak disampaikan tidak jelas dan menimbulkan masalah.
komunikasi bukan sahaja hanya berbentuk suara, selain itu, komunikasi boleh dari segi bahasa isyarat. ia digunakan kepada golongan yang istimewa samada bisu atau menghadapi masalah pendengaran. mereka menggunakan isyarat tangan bagi mengantikan suara dan menyampaikan maklumat agar pihak pendengar dapat memahami. walaubagaimana pun cara dan bahasa dalam komunikasi ini kedua-dua pihak memainkan peranan yang penting bagi memastikan komunikasi itu berkesan.
sekiranya berlaku salah faham dalam komunikasi segeralah diperbaiki agar ianya tidak mendatangkan ketidakpuasan hati kedua pihak.
setiap peringkat umur berkomunikasi misalnya bayi, bayi berkomunikasi dengan ibunya dengan bahasanya yang tersendiri cara dia menangis, menjerit atau perbuatan. ini kerana bayi lebih cenderung menangis bagi menarik perhatian ibu dan ayah.
bagaimana cara anda berkomunikasi dengan rakan sekerja anda? sekiranya menghadapi masalah segeralah atasinya dengan berbincang. moga segala urusan anda dipermudahkan allah swt.
sekian terima kasih
Motivasi Diri- Luaskan hati Percaya Diri
Wednesday 30 December 2015
penghujung tahun 2015 welcome 2016
Assalamualaikum para pembca,
tarikh 31 December 2015 tutuplah tirai perjalanan untuk tahun 2015. adakah azam anda tercapai?atau masih tidak berganjak seperti tahun-tahun yang lalu. agak-agak kalau azam susah sangat nak capai kecilkan lah skop azam tue agar mudah sikit untuk dicapai tahun depan.
bagi saya tahun 2015 seperti tahun-tahun yang lain, pengalaman sepanjang masa, hari dan tahun sentiasa berbeza samada ianya gembira atau sedih saya mengangkat kesyukuran kerana masih lagi berada dalam keadaan yang baik dan alhamdulillah diberikan ruang untuk bernafas lagi.
syukur kehadarat ilahi diberi kekuatan dan ketabahan dalam menjalani kehidupan yang semakin mencabar. tahun 2016 anak saya nur iman dayana mencapai usia 5 tahun, perasaan seorang ibu terasa amat gembira kerana anaknya bakal menempuh kehidupan alam persekolahan.
segala tunjuk ajar dan nasihat telah diberikan sebagai persediaan dia menjalani kehidupan dia alam persekolahan. moga anakku nur iman dayana tabah dan sentisa di bawah lindungan allah s.w.t.
semakin cepat masa berlalu tanpa kita sedari semakin meningkat usia dan semakin berusia. pada pandangan saya, anak-anak dan keluarga adalah pekara utama yang difikirkan.
azam saya tahun nie ingin menjadi lebih matang dan berfikiran positif, bijak membuat keputusan dan pandai mengawal keadaan walaupun dalam keadaan gentir. usia kini mencecah 30-an, tahun 2016 biarlah menjadi tahun yang hebat buatku agar tercapai impian ku dan terlaksana hajatku. moga allah memberikan aku cahaya yang aku inginkan dalam hidup ini.
sekian terima kasih.
nukilan dariku 3.25pm

Thursday 3 September 2015
Mengapai Impian
Assalamualaikum....
Para pembaca sekalian, diharap semua sihat khendaknya dan berada dalam susana yang aman. impian dan cita-cita ingin menjadi seorang yang dipandang tinggi. ingin berbakti pada orang yang memerlukan terutamanya ibu dan bapa. impian ku kecundang disebabkan masalah kewangan, aku tidak mampu untuk mengapai cita-cita dan impian yang ku inginkan.
betul kalau ada kemahuan disitu ada jalan, usaha tangga kejayaan. jika kita hendak berjaya kita kena berkorban sanggup meenghadapi kesukaran. impian ingin sambung belajar dalam bidang yang aku ceburi sekarang.
company secretary, keinginanku untuk mendapatkan lesen sungguh kuat. dimana aku ingin berjaya setelah melihat pekerjaan ini hanya di monopoli oleh sesetengah golongan sahaja. aku ingin mencuba walaupun bekas bosku pernah melarang kerana terlalu susah dan dia rasa aku tidak akan berjaya. subject-subject yang diambil agak tuff dan dengan keadaan aku yang sudah berkeluarga yang mempunyai masa yang terhad untuk mengulangkaji.
aku harus yakin segala pergorbanan yang bakal aku berikan akan ku pastikan kejayaan. aku akan keras berusa walaupun terpaksa menghabiskan masa dengan mengulangkaji dan besengkang mata. ini bagi memenuhi impianku.
pengalaman aku bekerja selama 4 tahun dalam bidang ini sedikit sebanyak membantu aku untuk terus belajar. sememangnya sepanjang perjalanan ini bukanlah semudah yang disangka, kita kena perlu menebalkan muka dan memendam perasaan marah apabila di suruh membuat kerja-kerja suruhan.
Disini amat memerlukan kesabaran dimana, sesetengah bos tidak akan mengajar sendiri aku harus belajar dari bawah sekali sekala sekiranya aku tidak memahami aku akan terus bertanya. kerja secretary company memerlukan consentrasi yang tinggi. bahasa english yang bagus dan bahasa Malaysia kekuatanku. sebagai setiausaha memerlukan ingatan yang kuat , tatabahasa yang bagus dapat membantu dalam mengarang surat. ketelitian setiap muka surat agar tidak melakukan kesilapan.
bagi saya semua bidang pun memerlukan kesungguhan dan ingatan buat anda niat adalah paling penting. insyaalah sekiranya niatnya baik allah akan permudahkan segalanya.
norstarzemma

Thursday 20 August 2015
Mudahnya....
Assalamualaikum.....para pembaca
sekadar buat renungan pada diri dan sekiranya anda pernah mengalami pekara yang saya alami
mudahnya ye seseorang itu meletakkan kesalahan kepada orang lain. menjadikan mangsa untuk dijadikan kambing hitam. tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. pengalaman saya bekerja di syarikat swasta sangat melimah sehinggakan kadang kala pengalaman pahit lagi banyak berbanding yang manis. kalau dulu waktu zaman mula-mula keluar universiti dan masuk ke alam pekerjaan sekiranya saya tak bersalah saya akan sangkal dan berdiri teguh pada diri. kini, semakin lama perasaan itu semakin kurang dan akhirnya lebih rela disalahkan daripada berpendirian teguh . ini kerana pengalaman mengajar saya, walau bagaimanapun saya menegakkan kebenaran yang pastinya pihak yang lebih besar dan berkuasa juga yang akan menang. ini kerana, orang bawahan yang buat keje orang atasan hanya tahu mengarah dan segala pujian atau kredit hanya dia sahaja yang dapat. orang yang bertungkus lumus (bawahan) lansung tidak di pandang atau dianggap penting. berhempas pulas atau besengkak mata satu pujian pun x akan dapat.
sesungguhnya sentiasa ada ingatan buat anda,
pada mulanya perasaan marah saya memuncak tapi akhirnya saya fikir kenapa kita mesti sakit hati atau marah apabila dipersalahkan. niat dihati tidak mahu dibuli tetapi kalau fikirkan positive anggap pengalaman ini mengajar kita untuk besabar, ambil kesalahan itu dan kemudian jadikan ia sebagai pengajaran. mana tahu sekiranya kita menjadi seorang ketua kita juga akan cuba mempertahankan diri dan air muka depan rakan sekerja dan anak buah.
jadilah seorang yang mudah untuk memaafkan, segalanya yang berlaku ada ganjarannya kelak sabar dan tabah menghadapis sentiasa berzikir dan berdoa. moga allah merahmati anda semua.
norstarzemma
Wednesday 19 August 2015
Tantrum Kanak-Kanak Seusia 2 Tahun
Assalamualaikum...para pembaca,
Tantrum adalah ledakan emosi yang kebiasaanya berlaku pada kanak-kanak yang berumur antara dua tahun sehinggalah 7@8 tahun. Tantrum berlaku disebabkan seperti faktor berikut keinginan tidak ditepati, marah, sakit mahupun keadaan sekeliling yang menyebabkan kanak-kanak tidak selesa.
Saya bukanlah doktor atau seorang yang hebat dalam menjelaskan hal sebegini. tetapi pengalaman saya cukup berbeza dengan seseorang anak. saya mempunyai anak sulung perempuan, juga selalu membuat perangai ketika usia 3 tahun misalnya menangis ketika di restoran makanan, tidak mahu makan, malahan tidak mahu duduk dalam tempoh yang lama disesuatu tempat contohnya duduk dikerusi bayi. sikap kakak ketika tantrum dia akan menangis atau membaling barang. sekiranya dilarang atau di marahi dia akan menangis dan menangis. sehinggakan kami akan menyuruhnya diam dan duduk dia akan mengikuti dan tidak akan mengulangi perangai tersebut.
Agak mudah untuk mengawal dan mengajar kakak kerana dia mendengar kata.anak sulung kami berbeza dengan anak yang kedua. anak kedua saya lelaki. dan sekarang usianya 2 tahun lebih. keadaan tantrumnya sangat mencabar kesabaran kami. dia tidak membuat perangai di khayalak ramai tetapi dia akan membuat perangai ketika berada di rumah semasa saya bersamanya sahaja. adik suka memukul, menangis dan merosakkan barang sekiranya keinginan tidak dicapai dan kebiasaanya adik lebih beremosi lebih-lebih lagi apabila ayahnya menegur. dia akan menangis dan menjerit sepanjang hari tanpa henti. ini yang menguji kesabaran kami kerana tangisannya tidak akan reda.sehinggakan jiran tetangga menegur. Adik akan sentiasa mengekori kemana saya pergi dan sentiasa duduk sisi saya sekiranya dilarang atau di jauhi dia akan mencari jalan untuk mendekati.Tantrum tidak boleh ditangani secara kekerasan kerana seusia muda ini kanak-kanak hanya tahu keinginan mereka sahaja. sekiranya di kawal secara kekerasan ini akan menganggu emosi kanak-kanak. dimana kanak-kanak menjadi murung, pemarah dan nakal. sekiranya tidak dikawal hanya membiarkan kanak- kanak berperangai di khayalak ramai khususnya besar kemungkinan kanak-kanak akan merasa tidak di pedulikan oleh ibu bapa, tidak disayang dan akhirnya kanak-kanak bakal menjadi seorang yang nakal , dan tidak mendengar kata.
Sebagai ibu dan bapa sememangnya kita inginkan anak menjadi seorang anak yang baik, bagus tingkah lakunya dan dipandang manis oleh orang sekeliling. tantrum bukanlah penyakit mahupun virus yang boleh diubati dengan cara mengambil dos-dos seperti ubat batuk dan sebagainya. tantrum tidak dapat dielakkan dan ianya berlaku pada setiap kanak-kanak mengikut keadaan usianya dan cara diluahkan pemberontakannya. adakah dengan cara membiarkan anak itu menangis dengan terus-menerus menangis sehingga diam sendiri dapat mendidik anak tersebut untuk tidak mengulanginya atau menggunakan tali pinggang sebagai hukuman supaya anak tersebut diam dan berkelakuan baik.
Bagi pendapat dan pengalaman saya sebagai seorang ibu, anak-anak yang mengalami tantrum haruslah di kawal secara lembut, kebiasaanya anak memberontak kerana inginkan perhatian daripada kedua ibu dan bapanya. cara yang paling baik untuk mengelakkan anak daripada terus menjerit dan menangis ialah pertamanya peluk anak tersebut dan cuba baca doa atau berzikir untuk melegakan hatinya. pelukan dapat melegakan seseorang, dia akan rasa di hargai dan diperlukan. bacaan doa dan zikir membantu anak tersebut untuk bertenang daripada emosi yang tidak terkawal (marah). pekara kedua yang dapat dilakukan ialah cuba mengalih perhatian anak, misalnya sekiranya anak menangis di dalam kedai makan, anda boleh mengalihkan perhatiannya dengan membawanya berjalan-jalan diluar seketika. dan apabila anak reda, segeralah masuk semula. kita tidak boleh mementingkan diri sendiri, dengan cara membiarkan sahaja keadaan anak sebegitu.
Cubalah mencari cara untuk membantu mengawal anak-anak yang mengalami tantrum. ingatlah anak adalah amanah dan rezeki yang dianugerahkan oleh Allah pada sesiapa yang dikehendakinya sahaja. jagalah anak sebaik mungkin dan didiklah anak menjadi orang yang disenangi dan dekat disisiNya.
Ilmu agama haruslah diterapkan pada anak-anak semasa kecil lagi kerana ianya membantu untuk membentuk peribadi anak tersebut. anak-anak yang mendalami ilmu agama lebih bersikap tenang dan sabar. ibu bapa perlulah bersabar atas perangai anak-anak ini kerana ianya juda satu ujian daripada allah untuk hambanya. sekiranya bapa seorang yang panas baran, ibu kenalah memainkan peranan untuk melayan kerenah anak dan sebaliknya. kedua-dua pihak perlu sentiasa memahami kehendak anak-anak ianya lebih mudah dalam mengawal anak-anak yang tantrum.
Tuesday 30 June 2015
Panduan penyediaan makanan bayi
Assalamualaikum
Bayi mula makan pada usia 6 bulan
apabila tubuh badan mereka sesuai untuk menerima makanan. Ini bermakna usus
bayi pada usia 6 bulan matang untuk memproses makanan.
Tidak perlu, bermula dengan makanan yang berat ini kerana perut bayi belum dapat membiasakan lagi dengan kandungan makanan. Bagi ibu bapa yang pertama kali menimang cahaya mata pasti runsing dan risau makanan apa yang perlu diberi pada bayi.
Bolehkah bayi makan dalam kuantiti yang banyak atau kenyangkah bayi sekadar hanya makan sikit. Atau makanan yang boleh menyebabkan bayi mereka naik ruam atau muntah-alahan pada sesetengah makanan.(rujuk pada klinik sekiranya bayi anda mempunyai alahan sesetengah makanan).

Untuk
maklumat ibu bapa, pada usia 6 bulan bayi masih lagi meyusu dan makanan
hanyalah sebagai tambahan sahaja. Bayi yang mula makan akan kurang minum susu
ini kerana makanan boleh menyebabkan bayi mudah kenyang dalam jangka masa yang
lama.
Misalnya dahulu bayi akan menyusu setiap 2 jam sehinggalah bayi kenyang
tetapi perubahan akan belaku dimana bayi yang mula makan akan hanya menyusu
sekali dalam tempoh 6 jam atau kurang.
Para
ibu bapa yang ada keinginan untuk masak sendiri makanan bayi anda
boleh membeli kelengkapan alatan seperti blender bayi dan alat pemanas makanan. Ini memudahkan khususnya ibu yang bekerja dan mempunyai masa yang
terhad untuk menyediakan makan kepada bayi mereka.
Selain itu, terdapat pelbagai jenis makanan bayi yang dijual dipasaran.makanan ini samada telah diproses atau di bekukan bagi membantu ibu bapa menyediakan makanan bayi dengan mudah dan cepat.
Saya juga seorang ibu dan seorang pekerja dan gemar masak makanan untuk bayi saya. Sekiranya bayi dijaga oleh pengasuh, saya akan membekalkan makanan bayi yang cukup bagi memastikan bayi saya sentiasa diberi yang terbaik.
Oleh
itu, bagi membantu para ibu bapa beberapa panduan mudah untuk ibu atau bapa
dalam penyediaan makanan pada bayi, dan pastikan makanan bayi dalam keadaan
bersih.:-
1. Bahan-bahan makanan haruslah bersih dan segar- makanan jenis organic
2. Mulakan dengan buah-buahan atau
sayur- sayuran yang telah distim-lembutkan
3.Barulah boleh
diblenderkan/hancurkan makanan menjadi halus(puri)
4. Untuk percubaan yang pertama bayi
akan makan dalam jumlah yang sikit sahaja. Oleh itu, ibu bapa gunakan bahan
dalam kuantiti yang sedikit bagi bayi merasa dahulu makanan.
5. Reaksi bayi samada akan menolak atau menerima makanan bergantung pada deria rasa bayi masing-masing. Bayi lebih cenderung menerima makanan yang manis berbanding masam atau pahit.
6. Oleh itu, sekiranya anda
menyediakan makanan pada bayi elakkan pengunaan garam atau sebarang perasa.
Rasa daripada sayur-sayuran atau buah-buahan membantu menaikkan selera bayi.
7. Perlu diingat bayi tidak makan
dalam jumlah yang banyak kerana masih minum susu, jenis buah- buahan dan
sayur-sayuran tertentu sahaja yang boleh diberikan pada bayi.
8. Gunakan peralatan seperti sudu yang lembu untuk
menyuap bayi . ia memberi keselesaan pada gusi bayi yang lembut
9. Pastikan makanan yang disuap
ditelan sehingga mulut bayi kosong tiada makanan tertinggal-mengelak daripada
tercekik
10. Sudahkan makan dengan air putih,
ia dapat mencuci mulut bayi selepas makan
11. Pastikan bayi duduk ketika makan
jangan berbaring atau memangku bayi ini kerana bagi mengelak bayi tercekik atau
tersedak.
12. Sekiranya anda menyejuk bekukan
makanan bayi pastikan makanan tidak terdedah dalam peti sejuk kerana ini
menggalakkan pembiakan bacteria dalam makanan dan makanan ini boleh menyebabkan
bayi mudah mendapat sakit perut.
13. Pastikan makanan sejuk beku tidak
lebih dari sebulan (mengikut jenis makanan) dan pastikan bekas sentiasa dilabel
tarikh di buat.
14. Cara memanaskan makanan bayi-
sekiranya anda menggunakan makanan beku pastikan makanan tersebut dibiarkan
dalam peti sejuk bawah atau suhu bilik dahulu sehinggalah ia mulai cair. Ini
kerana, apabila makanan sudah lembut, makanan mudah di panaskan dan keadaan
makanan masih baik. Dan panaskan tidak terlalu lama, hanya 10 minit ikut pada
kuantiti makanan tersebut.
15. Sekiranya makanan tidak dimakan
habis, jangan menyimpan semula makanan.ini bagi menjaga kebersihan makanan.
Monday 29 June 2015
Perasaan hasad dengki, iri hati dan amarah boleh merosakkan hati
Assalamuaikum pembaca,
Perempuan
lazimnya mempunyai semua diatas iri hati, hasad dengki dan amarah. Bukan maksud
saya lelaki tidak ada perasaan diatas, lelaki juga sama tetapi perempuan lebih
mudah untuk terasa. Dari kecil lagi kita sudahpun mengerti perasaan-perasaan
ini. Sakit hati apabila cikgu lebih beri perhatian pada pelajar pandai sahaja,
marah bila tidak dipedulikan oleh ibu bapa dan hasad dengki apabila kawan
mendapat layanan yang istimewa berbanding diri.
Semua perasaan tidak dapat dielakkan Cuma ianya dapat dihindari. Bukan senang bagi saya, saya juga banyak mengalami perasaan ini sehinggalah saya merasakan hati saya sakit dan tidak tenteram. Pernah saya berdoa” ya allah jika hati ini bukan milikku kau tukarkanlah dengan hati yang lebih tenang ya allah. Ini kerana, saya selalu berfikiran negative. Apabila saya melihat seseorang itu mendapat apa yang diinginkan berbanding saya terus membuat andaian bahawa orang itu tidak adil, pilih kasih malah benci pada orang itu sehinggakan apa sahaja yang dilakukan pada pandangan saya ianya teruk dan menyakitkan hati.

Saya seorang yang suka berfikir dan menyelami perasaan sendiri, pernah suatu ketika saya solat tetapi hati saya tidak tenteram, semasa solat saya ada perasaan marah sehinggalah selesai solat. Solat saya tidak khusyuk saya diam dan berkata pada diri. Sampai bila aku hendak terus begini. Hanya menyakitkan hati sendiri sedangkan orang yang disana tiada apapun malahan bahagia. Kenapa aku harus berfikiran negative, kenapa harus terus menerus menyalahkan diri sendiri dan orang lain. Kenapa aku tidak berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik dan berfikiran positive.
Setelah
lama berfikir, aku mulai sentiasa berfikiran positive anggap segala dugaan
adalah ujian semata-mata, anggap segala suara-suara sumbang hanyalah radio
buruk sahaja. Kenapa mesti rosakkan hati sendiri. Motivasikan diri dengan
pekara-pekara yang baik sahaja, lakukan kerja yang buatkan kita bahagia. Misalnya,
saya suka menulis diari. Sejak kecil lagi saya suka menulis apa yang berlaku di
kehidupan seharian. Saya jadikan penulisan sebagai suatu hobi ketika saya dalam
keadaan stress ini sememangnya membantu dan bagus untuk saya halakan perasaan
dengki, iri hati dan amarah pada tempat yang saya rasa selamat.
Saya
mempunyai konsep tidak akan bercerita pada orang lain sekiranya tidak perlu.
ini kerana, apabila sesuatu yang diceritakan tidak sedap didengar. Fikirlah akan
ada suara-suara yang boleh sampaikan dan menokok tambah semula cerita yang
diceritakan. Saya bukan berfikiran negative tetapi ini membantu saya daripada
mengumpat seterusnya boleh mendatangkan masalah kelak.
Hati
kita sangat cantik, dihiasi dengan perasaan tetapi sekiranya kita tidak tahu
menjaganya maka rosaklah hati, kita akan sentiasa dihimpit perasaan marah, benci
pada kebaikan dan sentiasa tengok pada kesalahan.lama-kelamaan kita sentasa
diselubungi kehidupan yang tidak tenteram dan ini boleh merosakkan hubungan
dengan orang di sekeliling kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)