Thursday 20 August 2015

Mudahnya....

Assalamualaikum.....para pembaca

sekadar buat renungan pada diri dan sekiranya anda pernah mengalami pekara yang saya alami

mudahnya ye seseorang itu meletakkan kesalahan kepada orang lain. menjadikan mangsa untuk dijadikan kambing hitam. tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. pengalaman saya bekerja di syarikat swasta sangat melimah sehinggakan kadang kala pengalaman pahit lagi banyak berbanding yang manis. kalau dulu waktu zaman mula-mula keluar universiti dan masuk ke alam pekerjaan sekiranya saya tak bersalah saya akan sangkal dan berdiri teguh pada diri. kini, semakin lama perasaan itu semakin kurang dan akhirnya lebih rela disalahkan daripada berpendirian teguh . ini kerana pengalaman mengajar saya, walau bagaimanapun saya menegakkan kebenaran yang pastinya pihak yang lebih besar dan berkuasa juga yang akan menang. ini kerana, orang bawahan yang buat keje orang atasan hanya tahu mengarah dan segala pujian atau kredit hanya dia sahaja yang dapat. orang yang bertungkus lumus (bawahan) lansung tidak di pandang atau dianggap penting. berhempas pulas atau besengkak mata satu pujian pun x akan dapat.

sesungguhnya sentiasa ada ingatan buat anda,

pada mulanya perasaan marah saya memuncak tapi akhirnya saya fikir kenapa kita mesti sakit hati atau marah apabila dipersalahkan. niat dihati tidak mahu dibuli tetapi kalau fikirkan positive anggap pengalaman ini mengajar kita untuk besabar, ambil kesalahan itu dan kemudian jadikan ia sebagai pengajaran. mana tahu sekiranya kita menjadi seorang ketua kita juga akan  cuba mempertahankan diri dan air muka depan rakan sekerja dan anak buah. 

jadilah seorang yang mudah untuk memaafkan, segalanya yang berlaku ada ganjarannya kelak sabar dan tabah menghadapis sentiasa berzikir dan berdoa. moga allah merahmati anda semua.

norstarzemma

Wednesday 19 August 2015

Tantrum Kanak-Kanak Seusia 2 Tahun

Assalamualaikum...para pembaca,

Tantrum adalah ledakan emosi yang kebiasaanya berlaku pada kanak-kanak yang berumur antara dua tahun sehinggalah 7@8 tahun. Tantrum berlaku disebabkan seperti faktor berikut keinginan tidak ditepati, marah, sakit mahupun keadaan sekeliling yang menyebabkan kanak-kanak tidak selesa. 

Saya bukanlah doktor atau seorang yang hebat dalam menjelaskan hal sebegini. tetapi pengalaman saya cukup berbeza dengan seseorang anak. saya mempunyai anak sulung perempuan, juga selalu membuat perangai ketika usia 3 tahun misalnya menangis ketika di restoran makanan, tidak mahu makan, malahan tidak mahu duduk dalam tempoh yang lama disesuatu tempat contohnya duduk dikerusi bayi. sikap kakak ketika tantrum dia akan menangis atau membaling barang. sekiranya dilarang atau di marahi dia akan menangis dan menangis. sehinggakan kami akan menyuruhnya diam dan duduk dia akan mengikuti dan tidak akan mengulangi perangai tersebut. 

Agak mudah untuk mengawal dan mengajar kakak kerana dia mendengar kata.anak sulung kami berbeza dengan anak yang kedua. anak kedua saya lelaki. dan sekarang usianya 2 tahun lebih. keadaan tantrumnya sangat mencabar kesabaran kami. dia tidak membuat perangai di khayalak ramai tetapi dia akan membuat perangai ketika berada di rumah semasa saya bersamanya sahaja. adik suka memukul, menangis dan merosakkan barang sekiranya keinginan tidak dicapai dan kebiasaanya adik lebih beremosi lebih-lebih lagi apabila ayahnya menegur. dia akan menangis dan menjerit sepanjang hari tanpa henti. ini yang menguji kesabaran kami kerana tangisannya tidak akan reda.sehinggakan jiran tetangga menegur. Adik akan sentiasa mengekori kemana saya pergi dan sentiasa duduk sisi saya sekiranya dilarang atau di jauhi dia akan mencari jalan untuk mendekati.Tantrum tidak boleh ditangani secara kekerasan kerana seusia muda ini kanak-kanak hanya tahu keinginan mereka sahaja. sekiranya di kawal secara kekerasan ini akan menganggu emosi kanak-kanak. dimana kanak-kanak menjadi murung, pemarah dan nakal. sekiranya tidak dikawal hanya membiarkan kanak- kanak berperangai di khayalak ramai khususnya besar kemungkinan kanak-kanak akan merasa tidak di pedulikan oleh ibu bapa, tidak disayang dan akhirnya kanak-kanak bakal menjadi seorang yang nakal , dan tidak mendengar kata.

Sebagai ibu dan bapa sememangnya kita inginkan anak menjadi seorang anak yang baik, bagus tingkah lakunya dan dipandang manis oleh orang sekeliling.  tantrum bukanlah penyakit mahupun virus yang boleh diubati dengan cara mengambil dos-dos seperti ubat batuk dan sebagainya. tantrum  tidak dapat dielakkan dan ianya berlaku pada setiap kanak-kanak mengikut keadaan usianya dan cara diluahkan pemberontakannya. adakah dengan cara membiarkan anak itu menangis dengan terus-menerus menangis sehingga diam sendiri dapat mendidik anak tersebut untuk tidak mengulanginya atau menggunakan tali pinggang sebagai hukuman supaya anak tersebut diam dan berkelakuan baik. 

Bagi pendapat dan pengalaman saya sebagai seorang ibu, anak-anak yang mengalami tantrum haruslah di kawal secara lembut, kebiasaanya anak memberontak kerana inginkan perhatian daripada kedua ibu dan bapanya.  cara yang paling baik untuk mengelakkan anak daripada terus menjerit dan menangis ialah pertamanya peluk anak tersebut dan  cuba baca doa atau berzikir untuk melegakan hatinya. pelukan dapat melegakan seseorang, dia akan rasa di hargai dan diperlukan. bacaan doa dan zikir membantu anak tersebut untuk bertenang daripada emosi yang tidak terkawal (marah). pekara kedua yang dapat dilakukan ialah cuba mengalih perhatian anak, misalnya sekiranya anak menangis di dalam kedai makan, anda boleh mengalihkan perhatiannya dengan membawanya berjalan-jalan diluar seketika. dan apabila anak reda, segeralah masuk semula. kita tidak boleh mementingkan diri sendiri, dengan cara membiarkan sahaja keadaan anak sebegitu. 

Cubalah mencari cara untuk membantu mengawal anak-anak yang mengalami tantrum. ingatlah anak adalah amanah dan rezeki yang dianugerahkan oleh Allah pada sesiapa yang dikehendakinya sahaja. jagalah anak sebaik mungkin dan didiklah anak menjadi orang yang disenangi dan dekat disisiNya. 

Ilmu agama haruslah diterapkan pada anak-anak semasa kecil lagi kerana ianya membantu untuk membentuk peribadi anak tersebut. anak-anak yang mendalami ilmu agama lebih bersikap tenang dan sabar. ibu bapa perlulah bersabar atas perangai anak-anak ini kerana ianya juda satu ujian daripada allah untuk hambanya. sekiranya bapa seorang yang panas baran, ibu kenalah memainkan peranan untuk melayan kerenah anak dan sebaliknya. kedua-dua pihak perlu sentiasa memahami kehendak anak-anak ianya lebih mudah dalam mengawal anak-anak yang tantrum.