Wednesday 30 December 2015

Komunikasi di tempat Kerja

Assalamualaikum......para pembaca,

Cara komunikasi setiap orang adalah berlainan, komunikasi adalah satu alat untuk menyampaikan maklumat. dalam proses komunikasi ada penghantar dan penerima dimana terdapat lebih daripada satu individu barulah dikatakan berkomunikasi .cara seseorang berkomunikasi bergantung pada tahap pendidikan, hubungan dan kematangan. anda percaya dan setuju? sekiranya setuju sila teruskan pembacaan.sekiranya pembaca tidak setuju saya sarankan untuk terus membaca untuk mendapat matlamat yang saya ingin katakan.

komunikasi berkesan apabila message yang hendak disampaikan itu tertunai, maksudnya penerima memahami apa yang disampaikan oleh penghantar.kegagalan berkomunikasi boleh menyebabkan kerja tidak berjalan dengan lancar dan bermasalah. masalah berkomunikasi timbul adalah disebabkan salah satu faktor misalnya:- Bahasa- bahasa yang berlainan dan tidak difahami menyukarkan proses komunikasi berlaku. ini disebabkan pekara yang hendak disampaikan tidak dapat disampaikan dengan tepat.sekiranya dilihat dalam negara, kita mempunyai pelbagai bahasa misalnya bahasa Melayu, English, Tamil, Mandrin dan sebagainya.  perbezaan bahasa yang berbeza menyebabkan kita cenderung menggunakan bahasa English sebagai bahasa penghantar.

komunikasi ditempat kerja amat penting bagi menjayakan sesuatu project dan matlamat tercapai. faktor kedua masalah komunikasi adalah tidak mendengar. sekiranya penerima tidak dapat mendengar dengan jelas maklumat yang dihantar komunikasi tidak akan berkesan.penghantar seharusnya menyampaikan maklumat dengan suara yang dapat didengari dan jelas agar tidak timbul masalah kepada pendengar., misalnya penceramah ingin menyampaikan ceramah beliau di Dewan yang besar. apa pendapat kalian jika penceramah tidak menggunakan microphone?adakah ahli dewan dapat memahami ceramah yang disampaikan. alat memainkan peranan juga, seperti telephone, microphone, dan pembesar suara sebagai pembantu dalam aliran komunikasi itu. seseorang yang bercakap dengan suara yang telalu rendah boleh menimbulkan ketidakpuasan hati. maklumat yang hendak disampaikan tidak jelas dan menimbulkan masalah.

komunikasi bukan sahaja hanya berbentuk suara, selain itu, komunikasi boleh dari segi bahasa isyarat. ia digunakan kepada golongan yang istimewa samada bisu atau menghadapi masalah pendengaran. mereka menggunakan isyarat tangan bagi mengantikan suara dan menyampaikan maklumat agar pihak pendengar dapat memahami. walaubagaimana pun cara dan bahasa dalam komunikasi ini kedua-dua pihak memainkan peranan yang penting bagi memastikan komunikasi itu berkesan.

sekiranya berlaku salah faham dalam komunikasi segeralah diperbaiki agar ianya tidak mendatangkan ketidakpuasan hati kedua pihak.

setiap peringkat umur berkomunikasi misalnya bayi, bayi berkomunikasi dengan ibunya dengan bahasanya yang tersendiri cara dia menangis, menjerit atau perbuatan. ini kerana bayi lebih cenderung menangis bagi menarik perhatian ibu dan ayah.


 bagaimana cara anda berkomunikasi dengan rakan sekerja anda? sekiranya menghadapi masalah segeralah atasinya dengan berbincang. moga segala urusan anda dipermudahkan allah swt.

sekian terima kasih


penghujung tahun 2015 welcome 2016

Assalamualaikum para pembca,


tarikh 31 December 2015 tutuplah tirai perjalanan untuk tahun 2015. adakah azam anda tercapai?atau masih tidak berganjak seperti tahun-tahun yang lalu. agak-agak kalau azam susah sangat nak capai kecilkan lah skop azam tue agar mudah sikit untuk dicapai tahun depan.

bagi saya tahun 2015 seperti tahun-tahun yang lain, pengalaman sepanjang masa, hari dan tahun sentiasa berbeza samada ianya gembira atau sedih saya mengangkat kesyukuran kerana masih lagi berada dalam keadaan yang baik dan alhamdulillah diberikan ruang untuk bernafas lagi.

syukur kehadarat ilahi diberi kekuatan dan ketabahan dalam menjalani kehidupan yang semakin mencabar. tahun 2016 anak saya nur iman dayana mencapai usia 5 tahun, perasaan seorang ibu terasa amat gembira kerana anaknya bakal menempuh kehidupan alam persekolahan.

segala tunjuk ajar dan nasihat telah diberikan sebagai persediaan dia menjalani kehidupan dia alam persekolahan. moga anakku nur iman dayana tabah dan sentisa di bawah lindungan allah s.w.t.

semakin cepat masa berlalu tanpa kita sedari semakin meningkat usia dan semakin berusia. pada pandangan saya, anak-anak dan keluarga adalah pekara utama yang difikirkan.

azam saya tahun nie ingin menjadi lebih matang dan berfikiran positif, bijak membuat keputusan dan pandai mengawal keadaan walaupun dalam keadaan gentir. usia kini mencecah 30-an, tahun 2016 biarlah menjadi tahun yang hebat buatku agar tercapai impian ku dan terlaksana hajatku. moga allah memberikan aku cahaya yang aku inginkan dalam hidup ini.

sekian terima kasih.

nukilan dariku 3.25pm