Wednesday 30 December 2015

penghujung tahun 2015 welcome 2016

Assalamualaikum para pembca,


tarikh 31 December 2015 tutuplah tirai perjalanan untuk tahun 2015. adakah azam anda tercapai?atau masih tidak berganjak seperti tahun-tahun yang lalu. agak-agak kalau azam susah sangat nak capai kecilkan lah skop azam tue agar mudah sikit untuk dicapai tahun depan.

bagi saya tahun 2015 seperti tahun-tahun yang lain, pengalaman sepanjang masa, hari dan tahun sentiasa berbeza samada ianya gembira atau sedih saya mengangkat kesyukuran kerana masih lagi berada dalam keadaan yang baik dan alhamdulillah diberikan ruang untuk bernafas lagi.

syukur kehadarat ilahi diberi kekuatan dan ketabahan dalam menjalani kehidupan yang semakin mencabar. tahun 2016 anak saya nur iman dayana mencapai usia 5 tahun, perasaan seorang ibu terasa amat gembira kerana anaknya bakal menempuh kehidupan alam persekolahan.

segala tunjuk ajar dan nasihat telah diberikan sebagai persediaan dia menjalani kehidupan dia alam persekolahan. moga anakku nur iman dayana tabah dan sentisa di bawah lindungan allah s.w.t.

semakin cepat masa berlalu tanpa kita sedari semakin meningkat usia dan semakin berusia. pada pandangan saya, anak-anak dan keluarga adalah pekara utama yang difikirkan.

azam saya tahun nie ingin menjadi lebih matang dan berfikiran positif, bijak membuat keputusan dan pandai mengawal keadaan walaupun dalam keadaan gentir. usia kini mencecah 30-an, tahun 2016 biarlah menjadi tahun yang hebat buatku agar tercapai impian ku dan terlaksana hajatku. moga allah memberikan aku cahaya yang aku inginkan dalam hidup ini.

sekian terima kasih.

nukilan dariku 3.25pm

No comments:

Post a Comment