Monday 29 June 2015

Perasaan hasad dengki, iri hati dan amarah boleh merosakkan hati



Assalamuaikum pembaca,  

Perempuan lazimnya mempunyai semua diatas iri hati, hasad dengki dan amarah. Bukan maksud saya lelaki tidak ada perasaan diatas, lelaki juga sama tetapi perempuan lebih mudah untuk terasa. Dari kecil lagi kita sudahpun mengerti perasaan-perasaan ini. Sakit hati apabila cikgu lebih beri perhatian pada pelajar pandai sahaja, marah bila tidak dipedulikan oleh ibu bapa dan hasad dengki apabila kawan mendapat layanan yang istimewa berbanding diri.    

        Semua perasaan tidak dapat dielakkan Cuma ianya dapat dihindari. Bukan senang bagi saya, saya juga banyak mengalami perasaan ini sehinggalah saya merasakan hati saya sakit dan tidak tenteram. Pernah saya berdoa” ya allah jika hati ini bukan milikku kau tukarkanlah dengan hati yang lebih tenang ya allah. Ini kerana, saya selalu berfikiran negative. Apabila saya melihat seseorang itu mendapat apa yang diinginkan berbanding saya terus membuat andaian bahawa orang itu tidak adil, pilih kasih malah benci pada orang itu sehinggakan apa sahaja yang dilakukan pada pandangan saya ianya teruk dan menyakitkan hati.
       
           Saya seorang yang suka berfikir dan menyelami perasaan sendiri, pernah suatu ketika saya solat tetapi hati saya tidak tenteram, semasa solat saya ada perasaan marah sehinggalah selesai solat. Solat saya tidak khusyuk saya diam dan berkata pada diri. Sampai bila aku hendak terus begini. Hanya menyakitkan hati sendiri sedangkan orang yang disana tiada apapun malahan bahagia. Kenapa aku harus berfikiran negative, kenapa harus terus menerus menyalahkan diri sendiri dan orang lain. Kenapa aku tidak berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik dan berfikiran positive.
           Setelah lama berfikir, aku mulai sentiasa berfikiran positive anggap segala dugaan adalah ujian semata-mata, anggap segala suara-suara sumbang hanyalah radio buruk sahaja. Kenapa mesti rosakkan hati sendiri. Motivasikan diri dengan pekara-pekara yang baik sahaja, lakukan kerja yang buatkan kita bahagia. Misalnya, saya suka menulis diari. Sejak kecil lagi saya suka menulis apa yang berlaku di kehidupan seharian. Saya jadikan penulisan sebagai suatu hobi ketika saya dalam keadaan stress ini sememangnya membantu dan bagus untuk saya halakan perasaan dengki, iri hati dan amarah pada tempat yang saya rasa selamat.
               Saya mempunyai konsep tidak akan bercerita pada orang lain sekiranya tidak perlu. ini kerana, apabila sesuatu yang diceritakan tidak sedap didengar. Fikirlah akan ada suara-suara yang boleh sampaikan dan menokok tambah semula cerita yang diceritakan. Saya bukan berfikiran negative tetapi ini membantu saya daripada mengumpat seterusnya boleh mendatangkan masalah kelak.
           Hati kita sangat cantik, dihiasi dengan perasaan tetapi sekiranya kita tidak tahu menjaganya maka rosaklah hati, kita akan sentiasa dihimpit perasaan marah, benci pada kebaikan dan sentiasa tengok pada kesalahan.lama-kelamaan kita sentasa diselubungi kehidupan yang tidak tenteram dan ini boleh merosakkan hubungan dengan orang di sekeliling kita.

starzemma

No comments:

Post a Comment