Monday 29 June 2015

Bersyukur hati lebih tenteram



Assalamualaikum...

Berdasarkan pengalaman dan perjalanan kehidupan kita sering kali terleka untuk  pandang kebelakang sekejap. Kita akan mudah leka bila kehidupan mulai selesa samada dari segi pekerjaan, kehidupan mahupun keluarga. Sebagai seorang isteri saya selesa apabila suami ada disisi kerana segalanya dilakukan bersama. Menghantar dan mengambil dari tempat kerja, menguruskan anak dan membantu menguruskan kerja rumah malahan memasak untuk kami sekeluarga. Tapi nasib berubah apabila suami ditimpa kemalangan, tulang bahu patah. Ianya dugaan kecil dari allah s.w.t untuk menguji kami sekeluarga.menguji suami dengan kesakitan dan menguji saya dengan kesabaran menjaganya dan menguruskan rumah seorang diri. Ini hanyalah pengalaman saya sahaja, bagaimana pula bagi isteri yang telah bercerai, ibu tunggal selepas kematian suami. Kita mesti, akan mengimbas kembali sewaktu si suami bersama kita lakukan segalanya bersama dan tempuhi kesusahan bersama. Beban yang dirasakan dikongsi bersama.

Dalam kehidupan ianya betul-betul mengajar saya erti bersyukur.saya pernah mengalami masalah yang bertimpa-timpa. Seolah-olah keadaan sekeliling sentiasa menganiayai saya sehinggakan saya bertanya kepada suami. Kenapa nasib saya begini, tidak putus-putus masalah melanda sehingga setiap hari menangis. Tetapi suami hanya mendengar , dan dia berkata” kalau kita sentiasa membandingkan kehidupan dahulu dari sekarang kita akan sentiasa merasa sakit, cuba kita tidak membandingkan dan anggap ini sebagai  permulaan seperti kita mula-mula keluar bekerja”. Dari mula kita dapat gaji yang rendah, tempat kerja yang jauh tetapi ketika itu kita hanya laluinya sahaja tanpa sebarang keluhan atau kesalan. Saya berfikir dan muasabah diri apabila mendengar nasihat dari suami, betul dahulu saya telah selesa berada di sana disebabkan keadaannya yang senang, tempat keja yang dekat, kemudahan yang banyak persekitaran yang selesa. Dan apabila saya berpindah sahaja dan mendapat pekara yang sebaliknya, saya terus mengeluh dan menyalahkan keadaan sekeliling iaitu orang lain.

Saya mula motivasikan diri dengan menerima segalanya satu persatu. Saya turut berdoa agar allah permudahkan segala urusan  dan dijauhi  segala musibah.
Kita perlu sematkan dihati bahawa segalanya berlaku ada hikmahnya seperti dibuang kerja, dianiaya atau difitnah, di buang keluarga dibenci masyarakat dan sebagainya. Ingat allah tidak sesekali zalim pada hambanya. Mungkin ianya ujian agar mengajar kita bersabar kerana pasti ada ganjarannya kelak bagi orang yang bersabar dan cekal menghadapi segala kesusahan hidup di dunia. Bersyukur dengan segala kurniaan darinya. Tidak sesekali bersikap sombong diri, ada kalanya kita perlu bersikap rendah diri dan sentiasa mensyukuri nikmat yang diberi.
Bersyukur apabila kita mendapat sesuatu yang kita harapkan dan janganlah mengeluh sekiranya mendapat apa yang kita tidak inginkan. Bersabar insyaalah hati kita tenteram walaupun kita diuji dengan ujian yang lebih hebat .

starzemma

No comments:

Post a Comment